Si Lesung Batu

Si Lesung Batu -

Hadiah Buat yang Tersayang..

kita selalu pening pikir nak bagi hadiah apa untuk yang tersayang kan??  selalu susah2 nak belikan hadiah macam2 supaya orang yang kita sayang tu happy..Tapi kita lupa ada je hadiah yang senang kita nak bagi.. tak perlu susah2 pon.. Dan hadiah tu juga secara tak langsung lebih bererti dan membuat orang yang kita sayang tu lebih menghargai kita..

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, dan ciuman. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu. *haipp!! yang ni untuk ahli keluarga dan sewaktu dengannya saja ye..boyfriend girlfriend takboleh ye!!! kang cakap saya ajar pulak..erkk* 

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin selalu merasa dia kurang berkeyakinan dengan dirinya sendiri. kamu membuatkan dia lebih yakin..

6. Hadiah Bantuan: Tolong kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

*sumber : Tentangcinta

p/s kalau nak bagi hadiah kat seseorang tu tak semestinya hadiah yang mahal2, yang penting kita ikhlas.. :)

Category: Uncategorized

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge